Zionis tuntut tanah di Baitulmaqdis Timur

Pihak berkuasa Israel tiba di Batn Al-Hawa
Pihak berkuasa Israel tiba di Batn Al-Hawa
A
A
A

BAITULMAQDIS - PALESTIN . Pihak berkuasa Israel mengeluarkan notis mahkamah menuntut pemilikan tanah yang diduduki sebuah keluarga Palestin di Batn Al-Hawa di Silwan.

Pusat Maklumat Wadi Hilweh berkata, dalam satu kenyataan semalam, organisasi Yahudi, Ateret Cohanim menyampaikan notis kepada sembilan anggota keluarga Maragha iaitu Hmeidan, Azziyeh, Salah, Fadwa, Munira, Naim, Rabia, Inaam dan Itaf Maragha, menuntut pemilikan tanah di mana bangunan keluarga itu dibina.

Bangunan tersebut terdiri daripada lima pangsapuri dan tempat letak kereta dan didiami 15 anggota keluarga.

Wakil keluarga Maragha berkata, mereka telah mendiami kawasan Batn Al-Hawa selama lebih dari 100 tahun, sambil menambah bahawa mereka mempunyai dokumen membuktikan pemilikan tanah dan harta di atas tanah terbabit.

Sebuah jawatankuasa susulan tempatan di Batn Al-Hawa mengatakan bahawa Ateret Cohanim mahu merampas kira-kira 200 meter persegi tanah di kawasan itu, di bawah tuntutan bahawa ia milik Yahudi Yaman sejak tahun 1881.

Jawatankuasa itu menambah bahawa terdapat antara 30 dan 35 bangunan di seluruh tanah itu yang mahu dituntut oleh organisasi tersebut. -- Agensi

Artikel Berkaitan: