15 ditahan langgar SOP Fasa Dua PPN

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam menahan 15 individu dalam serbuan di sebuah kedai makan di Jalan Molek, Johor Jaya di sini pada malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, semua individu berusia 30 hingga 60 tahun itu ditahan pada jam 9.30 malam kerana terlibat dalam aktiviti hiburan dan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Menurutnya, kesemua 11 lelaki dan dan tiga wanita tempatan serta seorang lelaki warga asing itu dikesan melanggar SOP Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"Penjaga premis dikenakan kompaun RM25,000 atas kesalahan melakukan aktiviti hiburan dan dibebaskan dengan ikat jamin polis manakala 13 warga tempatan itu dikenakan kompaun RM5,000 setiap seorang," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Jelasnya, kompaun dikenakan terhadap mereka kerana tidak mengamalkan penjarakan sosial manakala warga asing direman selama 14 hari atas kesalahan tinggal lebih masa.

Katanya, polis turut merampas beberapa peralatan dalam premis itu termasuk satu unit digital amplifier digital, dua unit mikrofon dan satu unit pembesar suara.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 17 (1) Akta Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 dan boleh didenda RM5,000 atau penjara setahun.

Selain itu katanya, disiasat di bawah Seksyen 6(2) Enakmen Negeri Johor yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Artikel Berkaitan: