Lelaki ditemui lemas dalam kolam renang hotel

Gambar hiasan. - Foto 123rf
Gambar hiasan. - Foto 123rf
A
A
A

PORT DICKSON - Seorang lelaki ditemui lemas di kolam renang sebuah hotel di Batu 5, Port Dickson pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari ketika mangsa menginap di hotel berkenaan bersama rakannya.

"Mangsa berusia 22 tahun bersama rakan dikatakan turun ke kolam renang itu dalam keadaan mabuk. Rakan mangsa berjalan di kawasan sekitar sambil menjawab telefon manakala mangsa berada berdekatan kolam renang," katanya kepada pemberita pada Ahad.

Bagaimanapun katanya, rakan mangsa yang selesai menggunakan telefon mendapati mangsa tidak berada di situ sebelum menjumpainya tidak sedarkan diri di dalam kolam renang tersebut.

Menurutnya, petugas perubatan dari Hospital Port Dickson yang ke lokasi kemudian melakukan pemeriksaan mengesahkan mangsa meninggal dunia dan dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

"Siasatan awal mendapati tiada unsur-unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel Berkaitan: