Fasa 4: Nilai 3 masih kurang pengunjung

Kedai tudung di Nilai 3 masih lengang walaupun sudah dibenarkan beroperasi.
Kedai tudung di Nilai 3 masih lengang walaupun sudah dibenarkan beroperasi.
A
A
A

SEREMBAN - Pusat Perniagaan Nilai 3 masih lengang walaupun Negeri Sembilan sudah memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi itu pada Ahad mendapati mendapati tidak tidak ramai pelanggan dan peniaga juga mengeluh kerana kehadiran pengunjung berkurangan sejak negara berdepan pandemik Covid-19.

Seorang peniaga, Ahmad Fariz,32, kehadiran pengunjung di Pusat Perniagaan Nilai 3 mula berkurangan sejak Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 lalu mungkin kerana bimbang penularan jangkitan.

Ahmad Fariz yang berniaga tudung sejak lima tahun lalu memberitahu, perniagaannya merosot hampir 90 peratus berbanding sebelum ini yang mampu memperoleh keuntungan kira-kira RM300 sehari.

"Kita terpaksa menukar strategi perniagaan dengan melakukan jualan dalam talian kerana lebih banyak permintaan," katanya kepada Sinar Harian.

Peniaga itu juga berharap ekonomi semakin pulih dan kebenaran rentas negeri diumumkan tidak lama lagi.

Peniaga, Mabrur Abdul, 38, turut berkongsi situasinya kerana kedai tidak dibenarkan beroperasi.

"Apabila kerajaan membenarkan operasi, tiada pengunjung yang datang tetapi kami berharap kehadiran pelanggan pada hari Sabtu dan Ahad.

Artikel Berkaitan:

"Saya baru sahaja datang Negeri Sembilan tahun lalu tetapi disebabkan PKP kami tidak boleh bekerja dan hanya di rumah dengan menggunakan wang simpanan untuk menampung perbelanjaan harian,"katanya.

Katanya, keadaan dijangka pulih jika rentas negeri dibenarkan, kerana kebanyakan pengunjung di sini dari luar Negeri Sembilan.