Lima bukti soalan pelik mampu dijawab di Internet!

Foto sumber Reddit
Foto sumber Reddit
A
A
A

SETIAP saat kita berhadapan dengan pelbagai perkara di luar jangkaan kita hingga mencetuskan persoalan tanpa jawapan.

Tetapi kecanggihan teknologi dan penggunaan Internet kini dihujung jari membolehkan apa jua persoalan dijawab dalam beberapa minit sahaja.

Lebih mudah permintaan menerusi enjin carian Internet seperti Google atau Reddit yang menghimpunkan jutaan maklumat malah lebih informatif untuk kegunaan masyarakat.

Namun sejauh manakah enjin carian Internet memberikan jawapan yang kita kehendaki meskipun soalan diajukan pelik dan tidak masuk akal.

Justeru, ini lima bukti menunjukkan segala jawapan boleh diperoleh menerusi Internet!

Soalan pertama: Raksasa apakah ini?

No Image Caption

Jawapan: Ia adalah ciptaan NASA. Pengangkutan di Marikh yang kelihatan seperti Batmobile.

Artikel Berkaitan:

Soalan kedua: Terlihat benda ini melintas jalan. Apakah ia?

No Image Caption

Jawapan: Ia adalah robot semi-auto yang menghantar makanan. Anda perlu membiasakan diri. Kita berada di abad ke-21!

Soalan ketiga: Apakah benda bulat-bulat pada tingkat bas ini? Apa fungsinya?

No Image Caption

Jawapan: Ini adalah Frit, cat seramik yang dibakar untuk menghalang sinaran ultraungu daripada memasuki tingkap. Sebab itulah keadaan di dalam bas sentiasa panas dan kering.

Soalan keempat: Saya telah membawa kekacang pelik ini ke rumah. Sekarang, ia telah terbuka dan membuatkan saya semakin bingung

No Image Caption

Jawapan: Jangan risau. Ia cuma biji bunga magnolia.

Soalan kelima: Apakah makhluk yang menakutkan pada dinding ini? Adakah saya patut merasa takut?

No Image Caption

Jawapan: Tidak perlu. Ia adalah spesies rama-rama jantan. Ia tidak membahayakan.