Sesi Persekolahan Bermula di Terengganu

No Image Caption
A
A
A

Pelajar memeriksa suhu badan semasa hadir pada sesi persekolahan secara bersemuka di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman hari ini.

Para pelajar Kumpulan A bagi negeri-negeri iaitu Terengganu, Kelantan dan Kedah yang hanya melibatkan Pulau Langkawi memulakan sesi persekolahan secara bersemuka pada hari ini, manakala bagi kumpulan B pula akan memulakan sesi persekolahan minggu hadapan.

Pembukaan semula sekolah secara bersemuka bagi negeri-negeri dalam Fasa Dua hingga Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan menggunakan kaedah penggiliran murid secara mingguan dengan kapasiti kehadiran murid setiap minggu ditetapkan pada kadar 50 peratus bertujuan mengurangkan risiko penularan COVID-19.

Di negeri dalam Fasa Satu PPN pula, sekolah tidak akan dibuka dalam tempoh itu dan pelajar akan meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). - Foto Bernama

Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan