Garis panduan pelesenan e-sukan diperkenal

Sze Han (kiri) mencuba sendiri permainan e-sport ketika lawatannya ke Pantheon, hari ini.
Sze Han (kiri) mencuba sendiri permainan e-sport ketika lawatannya ke Pantheon, hari ini.
A
A
A

​SUBANG JAYA - Kerajaan Selangor menyokong sepenuhnya usaha Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam menyediakan garis panduan pelesenan ​bagi aktiviti perniagaan ​sukan elektronik (e-sukan) di pusat siber, kafe siber serta permainan digital secara atas talian.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru​, ​Ng Sze Han berkata, langkah pertama oleh MPSJ ini bakal memberi impak positif ​ekoran sehingga kini tiada garis panduan yang jelas tentang perkara ini menyebabkan pengusaha e-sukan tidak dapat menjalankan perniagaan mereka dan menyebabkan ramai yang mengusahakannya tanpa lesen.

"Dengan ​adanya garis panduan ​serta prosedur​ pelesenan ini​, e-sukan bukan sahaja dapat menjadi salah satu aktiviti sukan yang sihat, malah memberi peluang kepada penguasaha untuk memajukan industri tersebut.

"Kita percaya​ ia​ juga​ ​dapat memperbetulkan persepsi ​negatif ​khususnya di kalangan ibu bapa ​yang sebelum ini melihat​ kafe siber sebagai tempat perjudian," katanya pada sesi lawatan tapak serta perkongsian bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) lain​ ​di Pantheon,The Square, One City, di sini, hari ini. ​​ Katanya, untuk menjayakan perkara tersebut, pihaknya memerlukan kerjasama serta komitmen dari pengusaha e-sport​ agar mereka dapat mematuhi syarat yang ditetapkan.

"E-sport merupakan industri yang sudah matang, selain satu trend yang tidak boleh dihalang. Oleh itu, kita melihat keperluan untuk melesenkan aktiviti tersebut dan sekarang adalah masa yang sesuai," katanya memberitahu soal garis panduan pelesenan itu akan dibincangkan dengan lebih lanjut ​bersama PBT lain menerusi satu bengkel yang akan diadakan dalam ​masa terdekat.

Clement (dua,kiri) membawa Sze Han (tengah) bersama Muhammad Azli (dua,kanan) melihat kemudahan disediakan di premis e-sport miliknya yang turut menjadi pusat latihan kepada peserta sukan terbabit.
Clement (dua,kiri) membawa Sze Han (tengah) bersama Muhammad Azli (dua,kanan) melihat kemudahan disediakan di premis e-sport miliknya yang turut menjadi pusat latihan kepada peserta sukan terbabit.

​Turut hadir, Timbalan Yang Dipertua (YDP) MPSJ, Zulkurnain Che Ali dan Pengasas Pantheon, Clement Hui​.​

​Sementara itu, ​Pengarah Jabatan Pelesenan MPSJ, Muhammad Azli Miswan berkata, garis panduan ​yang dibuat sejak 2017 itu merupakan langkah awal MPSJ untuk melesenkan aktiviti-aktiviti ​perniagaan ​e-sukan seperti pusat/kafe siber, permainan video (PS4), permainan realiti maya (virtual reality) serta permainan simulasi.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, pelaksanaan garis panduan itu juga merujuk kepada peruntukan di bawah Seksyen 107, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Undang-undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber (MPSJ-2013), Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Selangor) 1995 serta Peraturan-Peraturan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (permainan snuker dan video) (kawalan dan penyeliaan) (Selangor) 1996.

Dari kiri: Zulkurnain, Sze Han, Muhammad Azli dan Clement ketika sesi taklimat pelaksanaan garis panduan e-sport di Pantheon, The Square, One City, di sini, hari ini
Dari kiri: Zulkurnain, Sze Han, Muhammad Azli dan Clement ketika sesi taklimat pelaksanaan garis panduan e-sport di Pantheon, The Square, One City, di sini, hari ini

​"Kita amat prihatin dan memahami kehendak trend perniagaan terkini. Dengan adanya garis panduan ini diharapkan dapat merancakkan perkembangan e-sukan sebagai salah satu budaya sukan sihat untuk komunit​i, selain memudahkan aktiviti melesenkan sukan ini serta menambah hasil MPSJ sendiri.

"​Bagi tempoh sehingga Mac ini, dua pusat e-sukan di bawah pentadbiran kita sudah dilesenkan iaitu Inno Ignition Sdn Bhd - The Pantheon di ​sini dan Future Game Sdn Bhd di Jalan Taylors Sunway​," katanya.

​Muhammad Azli berkata, bagi penganjuran pertandingan e-sukan, MPSJ turut menyediakan garis panduan khas termasuk mensyaratkan penganjur untuk memohon permit sementara hiburan.​

Dalam pada itu, Clement menyifatkan garis panduan pelesenan yang dikeluarkan MPSJ sangat bagus untuk masa depan industri e-sport, tambah lagi bilangan peminat atau ahli sukan ini di Malaysia diangarkan melebihi 5,000 orang.