Sila log masuk terlebih dahulu.

Bekas Ketua Pengarah MSN meninggal dunia

Zolkples Embong
Zolkples Embong
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong disahkan, meninggal dunia di kediamannya pagi ini dipercayai akibat sakit jantung.

Kematian Allahyarham disedari oleh beberapa pegawai MSN yang gagal menghubunginya sejak Jumaat lalu apabila mendapati Allahyarham tidak hadir untuk solat Jumaat di Vista MSN, Bukit Jalil.

Difahamkan, beberapa pegawai MSN telah pergi ke rumah Allahyarham pagi ini (Ahad) dan mendapati pintu rumah Allahyarham berkunci.

Dengan bantuan pihak polis dan bomba, pintu rumah berkenaan berjaya dibuka dan Allahyarham ditemui terbaring di ruang dapur dan disahkan telah meninggal dunia.

Difahamkan juga, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan mengenal pasti punca sebenar kematiannya.

Kami warga kerja Sinar Harian merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Artikel Berkaitan: