Lupa, antara alasan tidak perbaharui insurans kenderaan

Azrin memberikan risalah keselamatan kepada salah seorang pemandu kenderaan pada Operasi Bersepadu JPJ di Jalan Persiaran Senawang, Seremban pada malam Sabtu.
Azrin memberikan risalah keselamatan kepada salah seorang pemandu kenderaan pada Operasi Bersepadu JPJ di Jalan Persiaran Senawang, Seremban pada malam Sabtu.
A
A
A

SEREMBAN - Terlupa. Itu antara alasan diberi oleh kebanyakan pemandu kenderaan yang gagal menunjukkan Sijil Perlindungan Insurans dalam Operasi Bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Persiaran Senawang, di sini pada malam Sabtu.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Azrin Norhan berkata, JPJ hanya memberi penangguhan untuk perbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM), tetapi bukannya insurans kenderaan.

"Insurans itu perkara penting. Jika berlaku apa-apa pada kenderaan, insurans yang akan beri perlindungan.

Anggota JPJ membuat pemeriksaan enjin kereta pada Operasi Bersepadu JPJ di Jalan Persiaran Senawang, Seremban pada malam Sabtu.
Anggota JPJ membuat pemeriksaan enjin kereta pada Operasi Bersepadu JPJ di Jalan Persiaran Senawang, Seremban pada malam Sabtu.

"Jangan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita biarkan kenderaan tidak dilindungi insurans," katanya pada sidang akhbar di lokasi operasi pada malam Sabtu.

Selain itu katanya, secara keseluruhan, sebanyak 145 kenderaan dikenakan tindakan daripada 930 yang diperiksa dalam operasi bermula jam 8.30 pagi sehingga 12 malam.

Beliau berkata, sebanyak 200 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan lima kenderaan telah disita.

"Berdasarkan rekod, kesalahan berkaitan lesen memandu sebanyak 62, tiada insurans (32), LKM tamat tempoh (23) dan gagal kemukakan LKM (satu).

Artikel Berkaitan:

"Sebanyak 82 kesalahan teknikal antaranya cermin gelap (16), nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi (20), ubah suai kenderaan (11) dan 35 kesalahan lampu High Intensity Discharged (HID), " katanya.

Anggota JPJ membuat pemeriksaan lori pada Operasi Bersepadu JPJ di Jalan Persiaran Senawang, Seremban pada malam Sabtu.
Anggota JPJ membuat pemeriksaan lori pada Operasi Bersepadu JPJ di Jalan Persiaran Senawang, Seremban pada malam Sabtu.

Ujarnya, ujian saringan air kencing yang dilakukan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mendapati lima lelaki berusia antara 21 hingga 49 tahun didapati positif dadah dan 11 saman dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam pada itu katanya, dari Januari hingga Ogos tahun ini, sebanyak 15,224 daripada 55,083 kenderaan telah dikenakan tindakan.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 21,962 notis saman dikeluarkan. Bagi statistik penguatkuasaan lori, sebanyak 28,839 diperiksa dan 9,317 dikenakan tindakan," katanya.