Bekalan elektrik di Jambatan Pulau Pinang kembali berfungsi

Keadaan trafik di Jambatan Pulau Pinang yang kembali normal seperti biasa.
Keadaan trafik di Jambatan Pulau Pinang yang kembali normal seperti biasa.
A
A
A

GEORGETOWN - Bekalan elektrik di Jambatan Pulau Pinang yang mengalami gangguan pada malam Jumaat kembali berfungsi sepenuhnya pada jam 3.19 pagi, Ahad.

Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Syed Mohammed Idid berkata, punca gangguan sudah dikenal pasti dan diperbaiki.

"Hasil siasatan kami mendapati, gangguan bekalan elektrik itu berpunca daripada kerosakan kabel di KM138 menyebabkan bekalan elektrik terputus di jambatan dan plaza tol pada Jumaat.

"Bagaimanapun, kabel ini berjaya dibaiki dan operasi kembali normal sepenuhnya. Keselamatan pelanggan adalah keutamaan kami dan akan melakukan segala yang perlu bagi memastikan keselesaan pelanggan kami," katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.

Beliau turut menasihatkan semua pengguna jalan raya agar mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan trafik melalui Twitter PLUS Trafik atau Aplikasi PLUS.

Bekalan elektrik di Jambatan Pulau Pinang yang terganggu sejak malam Jumaat lalu kini berfungsi seperti biasa.
Bekalan elektrik di Jambatan Pulau Pinang yang terganggu sejak malam Jumaat lalu kini berfungsi seperti biasa.

Pada Jumaat, Jambatan Pulau Pinang mengalami gangguan bekalan elektrik bermula pada jam 8.23 malam.

Artikel Berkaitan:

Kejadian itu menyebabkan kesesakan jalan raya yang agak teruk di kedua-dua arah di jambatan pertama Pulau Pinang itu.

Dalam kejadian tersebut, bekalan elektrik di kawasan sekitar kawasan pulau dan Seberang Jaya yang menghubungkan kepada jambatan turut terjejas buat sementara waktu.

Bagaimanapun, semua lorong di plaza tol jambatan kini telah berfungsi seperti biasa.

Sebelum itu, tular di media sosial mengenai gangguan bekalan elektrik di Jambatan Pulau Pinang sehingga menyebabkan kesesakan di plaza tol jambatan berkenaan.