X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

TNB bekerjasama dengan PLUS pulihkan gangguan elektrik

TNB dalam satu kenyataan berkata, pihaknya juga sentiasa bersedia bagi membolehkan bekalan elektrik dikembalikan sepenuhnya sebaik kerja baik pulih oleh PLUS selesai.
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Tenaga Nasional Berhad (TNB) bekerjasama dengan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam menangani gangguan bekalan elektrik di Jambatan Pulau Pinang pada Jumaat.

TNB dalam satu kenyataan berkata, pihaknya juga sentiasa bersedia bagi membolehkan bekalan elektrik dikembalikan sepenuhnya sebaik kerja baik pulih oleh PLUS selesai.

“Hasil semakan dengan pihak PLUS mendapati gangguan berpunca di bahagian pihak PLUS yang sedang giat menjalankan kerja-kerja pemulihan bekalan.

“Pengujian atas bekalan yang disalurkan TNB ke jambatan pula mendapati kabel TNB berada dalam keadaan baik dan bekalan di pihak TNB sedia untuk dibekalkan,” menurut kenyataan itu pada Sabtu.

Pada Jumaat, pengguna di Jambatan Pulau Pinang terpaksa bergelap selepas jambatan utama yang menghubungkan bahagian pulau dan Seberang Perai itu mengalami gangguan bekalan elektrik.

Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS, Syed Mohammed Idid berkata, pihaknya mengesahkan Jambatan Pulau Pinang mengalami gangguan bekalan elektrik sejak pukul 8.23 malam.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!