'Elak pertindihan kawasan'

Kok Kiew (tiga, kanan) melihat pelan Melaka ketika program FGD bagi kajian pengurusan MPKK dan sempadan kampung di Hotel Mudzaffar, semalam.
Kok Kiew (tiga, kanan) melihat pelan Melaka ketika program FGD bagi kajian pengurusan MPKK dan sempadan kampung di Hotel Mudzaffar, semalam.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Melaka sasar siapkan persempadan semula Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) pada hujung tahun ini membabitkan 769 buah kampung.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Datuk Tey Kok Kiew berkata, langkah tersebut penting bagi memudahkan kerajaan negeri mengemas kini corak pentadbiran, sekali gus elak berlakunya pertindihan kawasan.

“Setakat ini, tiga daripada 28 DUN di Melaka iaitu Asahan, Sungai Rambai dan Sungai Udang telah siap.

“Kami jangka baki 25 DUN lagi akan dapat disiapkan sepenuhnya menjelang tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mewakil Ketua Menteri, Adly Zahari menyempurnakan program Focus Group Discussion (FGD) bagi kajian pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan sempadan kampung di Hotel Mudzaffar, di Ayer Keroh di sini, semalam.

Menurutnya, projek berkenaan perlu dilaksanakan bagi mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan termasuk merekodkan jenis dan bilangan kemudahan awam di setiap kampung yang terdapat di negeri ini.

“Kajian itu dibuat bagi menentukan polygon atau spatial sempadan kampung dan penyelarasan semula sempadan pentadbiran MPKK dan penentuan sempadan kampung akan dilakukan secara bersama.

“Saya percaya MPKK serta Pejabat Daerah dan Tanah merupakan pihak yang mempunyai maklumat terperinci mengenai sesuatu kampung,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, ADUN Merlimau, Datuk Roslan Ahmad berkata, beliau berharap program berkenaan dapat menambah baik peranan MPKK yang dahulunya dikenali sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

“Sebenarya pernah dilakukan sempadan kawasan yang melibatkan kawasan JKKK pada ketika itu iaitu tahun 2017 dan tiada masalah JKKK pun.

“Mungkin kerajaan baharu mahu tambah baik lagi peranan JKKK yang sekarang dikenali sebagai MPKK,” katanya.