Mangsa banjir di Baling kekal 352 orang setakat malam ini

Foto fail Sinar Harian
Foto fail Sinar Harian
A
A
A

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Baling kekal 352 orang setakat 8 malam Sabtu.

Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah, Saifuddin Abdullah berkata, jumlah itu tidak berubah berbanding semalam dan kesemua mangsa adalah daripada 121 keluarga.

Menurut beliau, tiga mangsa masih ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Putera, SK Siong (28 orang), SK Bandar (9), SK Tanjung Pari (23), SK Bayu (25), SK Titi Gantung (44) dan Dewan Banggol Derom (44).

“PPS di Maktab Mahmud Baling pula masih menempatkan 31 mangsa, SK Malau (17 orang), SK Parit Panjang (19), PPS Kampung Padang Kupang (32), SK Mohd Ariff Abdullah (39), SK Tembak A (30) dan SK Jemerli (8),” menurutnya dalam kenyataan pada Sabtu.

Difahamkan, keadaan banjir yang melanda daerah itu sejak empat hari lepas tidak banyak berubah menyebabkan semua mangsa belum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. -Bernama

Artikel Berkaitan: