120 OKU, warga emas di Batu Pahat terima vaksin Covid-19

Ahli Parlimen Batu Pahat Datuk Mohd Rashid Hasnon (dua, kanan) menerima kit vaksin Covid-19 daripada pihak Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia sebagai simbolik pada program vaksinasi golongan berkeperluan di kawasan Parlimen Batu Pahat seperti warga emas dan orang kurang upaya (OKU) melalui Program Vaksinasi Outreach Parlimen Batu Pahat. - Foto Bernama

A
A
A

BATU PAHAT - Sebanyak 120 golongan orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas di daerah ini menerima vaksin Covid-19 pada Sabtu menerusi Program Vaksinasi Khidmat Masyarakat yang dilaksanakan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Batu Pahat.

Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, program dengan kerjasama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) itu dilaksanakan melalui kaedah mobilisasi berikutan kesukaran golongan berkenaan hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV).

“Program ini bertujuan membantu Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) untuk mempercepatkan sasaran imuniti kelompok di negara ini.

''Saya ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada NCSM yang begitu bersungguh-sungguh melaksanakan program ini,” kata Mohd Rashid yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat kepada Bernama di sini.

Katanya, seramai 20 doktor dan jururawat terlibat dalam program vaksinasi berkenaan. -Bernama

Artikel Berkaitan: