Lelaki tertembak 'anu' sendiri

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

INDIANAPOLIS - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki dari Indiana mengalami kecederaan parah selepas tertembak kemaluan sendiri dalam kejadian baru-baru ini.

Jabatan Polis Marion dalam satu kenyataan berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Mark Anthony Jones dan keadaannya dilaporkan stabil.

"Siasatan mendapati insiden itu berlaku ketika mangsa sedang berjalan dan pistol yang diletakkan di pinggangnya tiba-tiba terlepas.

"Ketika mahu membetulkan posisi pistol berkenaan, lelaki berusia 46 tahun itu secara tidak sengaja tertarik picu dan satu das tembakan tepat mengenai kemaluan dan menembusi kantung zakarnya," kata polis.

Polis menambah, pistol jenis Hi Point sembilan milimeter milik Jones tidak mempunyai permit di Indiana dan kesnya telah dirujuk kepada pendakwa raya tempatan.

Pada Disember lalu, insiden sama dilaporkan berlaku di Ilocos Sur, apabila seorang mekanik tertarik picu ketika hendak membuang air kecil di luar rumahnya. - Agensi

Artikel Berkaitan: