PRU15: Muhyiddin serah pada pimpinan GRS tentukan haluan

Muhyiddin bersama Hajiji hadir pada mesyuarat Badan Pimpinan Bersatu Sabah, di Kota Kinabalu.
Muhyiddin bersama Hajiji hadir pada mesyuarat Badan Pimpinan Bersatu Sabah, di Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kepada pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk menentukan haluan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau menyatakan bahawa perkara itu bahawa telah dibincangkan bersama pimpinan GRS, Datuk Seri Hajiji Noor.

"Kita percaya GRS mewujudkan tanggapan yang baik dalam kalangan rakyat. Jadi, saya rasa kerajaan pimpinan Ketua Menteri yang sudah setahun dengan banyak inisiatif tentu ini memberi faedah kepada rakyat.

"Jadi kita putuskan tadi supaya Datuk Hajiji, rakan-rakan yang ada dalam GRS di peringkat negeri boleh berbincang dan dapatkan satu kata pendirian dan haluan yang jelas bagaimana nak hadapi PRU.

"Di peringkat negeri, Dewan Undangan Negeri (DUN) dah selesai, sekarang di peringkat Parlimen perbincangan akan dibuat mengikut pernilaian bagaimana untuk mewujudkan kerjasama atau sebaliknya, ini bergantung dengan hasil perbincangan yang akan dibuat nanti," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Badan Pimpinan Bersatu Sabah, di sini, pada Sabtu.

Bersatu sudah mempunyai pendirian dan sekiranya UMNO tidak mengubah keputusan maka terpaksa bertembung dalam PRU akan datang.
Bersatu sudah mempunyai pendirian dan sekiranya UMNO tidak mengubah keputusan maka terpaksa bertembung dalam PRU akan datang.

Muhyiddin sudah memberikan mandat kepada ketua menteri untuk berbicang dengan rakan GRS berhubung kerjasama yang akan diadakan di negeri ini.

"Sabah mempunyai sedikit kelainan berbanding Semenanjung. Saya kira fakta itu perlu diambil kira supaya akan ada satu keputusan baik untuk semua.

Artikel Berkaitan:

"Persiapan perlu dimulakan dengan mengadakan beberapa strategi untuk memastikan Sabah terus kekal dibawah GRS dan saya sudah menyatakan pentingnya untuk kita mempunyai satu hala tuju yang jelas mengenai bentuk kerjasama yang perlu dijalinkan antara parti-parti di Sabah," katanya.

Muhyiddin berkata, Bersatu sudah mempunyai pendirian dan sekiranya UMNO tidak mengubah keputusan maka terpaksa bertembung dalam PRU akan datang.

Katanya, Bersatu mempunyai pengalaman dan membuat pelbagai kajian penyelidikan berhubung reaksi dan respons rakyat.

"Yang penting bukan parti politik tetapi apa yang rakyat kata. Rakyat akan melihat dari sudut siapa yang mereka percaya mampu memberi apa saja bentuk sokongan dan bantuan yang diperlukan terutamanya ketika pandemik Covid-19," jelas beliau.