Lelaki maut terkena renjatan elektrik

No Image Caption
A
A
A

SANDAKAN - Seorang lelaki warga asing ditemukan maut dipercayai terkena renjatan elektrik di dalam sebuah longkang besar Jalan Labuk, Bandar Sibuga Jaya dekat sini pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, mayat lelaki berumur 35 tahun itu ditemukan oleh orang awam pada kira-kira jam 6.30 pagi.

"Hasil siasatan awal di tempat kejadian mengesyaki mangsa maut akibat terkena renjatan elektrik, berdasarkan keadaan kabel elektrik yang masih melekat pada tubuhnya ketika mayat ditemukan.

"Polis juga percaya mangsa terlibat dengan jenayah curi kabel disebabkan penemuan kesan kabel elektrik yang dipotong serta peralatan mencuri kabel seperti pemotong wayar, pemutar skru dan pisau ditemukan tidak jauh dari mayat mangsa," katanya dalam kenyataan di sini.

Mohd Azhar berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Duchess of Kent di sini untuk bedah siasat. - Bernama

Artikel Berkaitan: