X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

Pemain negara teruja berdepan Jepun sekali lagi

Beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik antara yang membawa cabaran negara pada saingan Piala Sudirman kali ini. - Foto Badminton Association of Malaysia
A
A

[DIKEMAS KINI] PEMAIN-pemain negara sudah bersedia untuk bertempur sekali lagi dengan Jepun apabila kedua-dua pasukan sekali lagi berentap dalam perlawanan separuh akhir Piala Sudirman di Energia Arena, Vantaa, Finland malam ini.

Malah menurut Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann, skuad negara yang diketuai pemain perseorangan pertama negara, Lee Zii Jia sudah bersedia mental dan fizikal memberikan aksi terbaik pada perlawanan tersebut.

"Saya juga percaya selepas kemenangan bersejarah 3-2 ke atas Indonesia, pemain-pemain negara begitu teruja dan bersemangat untuk menebus kembali kekalahan 1-4 kepada Jepun dalam perlawanan peringkat Kumpulan D sebelum ini.

"Malah pemain-pemain negara juga sudah mula mempamerkan kematangan masing-masing bagi menyerap tekanan dalam setiap perlawanan walaupun pada peringkat ini terpaksa mengharungi kepadatan jadual perlawanan.

"Apapun pemain-pemain negara akan memberikan aksi terbaik pada fasa ini seperti yang dipamerkan sebelum ini demi Malaysia," katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.

Skuad muda negara yang diketuai Zii Jia sebelum itu mencipta kejutan apabila melangkah ke separuh akhir kejuaraan tersebut selepas menumbangkan musuh tradisi, Indonesia 3-2 dalam aksi berintensiti tinggi hampir enam jam di pentas suku akhir awal pagi tadi.

Ini kejayaan pertama Malaysia menundukkan Indonesia dalam Piala Sudirman selepas tiga pertemuan sejak kedua-dua pasukan berentap kali pertama dalam peringkat kumpulan edisi Copenhagen 1999 yang menyaksikan lawan menang 4-1.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!