FAP rehatkan pengendali Harimau Kumbang

No Image Caption
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) mengambil tindakan drastik merehatkan serta merta ketua jurulatih, Ahmad Yusoff susulan prestasi hambar skuad Harimau Kumbang dalam saingan Liga Premier 2019.

Presiden FAP, Dr Amar Pritpal Abdullah dalam satu kenyataan ringkas memaklumkan keputusan tersebut dicapai sebulat suara dalam satu mesyuarat khas FAP yang diadakan hari ini.

"Keputusan drastik ini diambil setelah menilai kesemua aspek prestasi semasa dan demi memperbaiki cabaran pasukan dalam baki saingan Liga Premier 2019.

"Haji Ahmad Yusoff telah dimaklumkan berkenaan keputusan ini," kata Dr Amar.

Untuk rekod, Pulau Pinang kini menduduki tangga kesembilan Liga Premier setelah mencatat satu kemenangan, satu seri dan tiga kekalahan.

Ahmad Yusoff jurulatih ketiga direhatkan pada musim ini selepas Mohd Fauzi Pilus yang membimbing Polis Diraja Malaysia, dan Mohd Farhan Abdullah (Sarawak), susulan prestasi hambar pasukan masing-masing. - Bernama

Artikel Berkaitan: