Malaysia, Argentina lulus vaksin Sinovac untuk remaja

 Malaysia dilaporkan memberikan kelulusan bersyarat untuk vaksin Covid-19 keluaran Sinovac Biotech Ltd China digunakan kepada golongan remaja berusia 12 tahun dan ke atas.
Malaysia dilaporkan memberikan kelulusan bersyarat untuk vaksin Covid-19 keluaran Sinovac Biotech Ltd China digunakan kepada golongan remaja berusia 12 tahun dan ke atas.
A
A
A

BEIJING - Malaysia dilaporkan memberikan kelulusan bersyarat untuk vaksin Covid-19 keluaran Sinovac Biotech Ltd China digunakan kepada golongan remaja berusia 12 tahun dan ke atas.

Perkara itu diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah susulan persetujuan yang dicapai dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Produk Sinovac adalah jenis vaksin Covid-19 kedua yang diluluskan kerajaan Malaysia untuk penggunaan bagi golongan remaja.

PBKD menyarankan penggunaan Sinovac untuk remaja berumur 12 hingga 17 tahun diutamakan kepada remaja tanpa komorbiditi (keadaan seorang individu mempunyai lebih daripada dua penyakit) dan tidak sesuai menerima vaksin Pfizer.

Permit itu diberikan kepada vaksin Sinovac selepas Malaysia menjalankan penilaian semula terhadap kualiti, keselamatan dan keberkesanan vaksin berkenaan, memetik data penyelidikan terkini, lapor wartawan China Media Group (CMG).

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Argentina, Carla Vizzotti pada Jumaat mengumumkan Biro Pengawalan Makanan, Ubat dan Teknologi Perubatan Negara meluluskan secara rasmi penggunaan vaksin Sinopharm untuk kanak-kanak berumur tiga tahun hingga 11 tahun.

Vizzotti berkata, vaksin Sinopharm antara vaksin Covid-19 paling selamat pada masa ini.

“Justeru, kanak-kanak Argentina menerima suntikan vaksin jenis itu bukan sahaja boleh menjamin keselamatan individu, malah boleh membantu mengekang penularan wabak dengan berkesan,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: