X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

UMNO Melaka diharap miliki kolaboratif dengan pembangkang

MAHDZIR
A
A

KUALA NERANG – UMNO berharap kepimpinan parti peringkat negeri di Melaka memiliki kolaboratif yang baik antara kerajaan dan pembangkang seperti yang dimeterai di peringkat Pusat menerusi memorandum persefahaman.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya berharap kedua-dua pihak dapat menyelesaikan kemelut politik yang dikaitkan dengan dakwaan wujudnya gerakan untuk menjatuhkan kerajaan negeri Melaka diterajui UMNO ketika ini.

Menurutnya, bagaimanapun, buat masa ini, UMNO Pusat menyerahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan negeri diterajui Ketua Menterinya, Datuk Seri Sulaiman Md Ali untuk menguruskan kemelut bagi mengekalkan kerajaan negeri sedia ada.

“Sekarang ini, macam-macam adu domba. Saya serahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan peringkat negeri untuk uruskan, diharap pemimpin terlibat dapat memikirkan penyelesaian terbaik untuk kekalkan kerajaan negeri sedia ada,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis penyerahan bas tambahan MARA Liner di Kuala Nerang, pada Sabtu.

Sebelum ini, spekulasi bertiup kencang bahawa kerajaan negeri Melaka didakwa akan tumbang pada bila-bila masa.

Ia berikutan seramai empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dikatakan akan menyertai Pakatan Harapan (PH) selain mereka didakwa turut menandatangani akuan bersumpah (SD).

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, semua pihak tidak perlu tergesa-gesa untuk menjatuhkan mana-mana kerajaan negeri buat masa ini memandangkan Pilihan Raya Umum (PRU) akan diadakan dalam tempoh kurang dua tahun.

“Berbaliklah kepada titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahu kita stabilkan politik agar dapat memberi tumpuan untuk menangani pandemik Covid-19 termasuk pemulihan ekonomi.

"Tidak perlu kelam kabut sekarang untuk ‘berlawan’ lagi. Sebabnya, perlawanan (politik) tak akan habis,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!