Lelaki parah dalam kemalangan dua kereta

Proton X70 dinaiki enam sekeluarga terbalik selepas berlanggar dengan Toyota Hilux dinaiki mangsa.
Proton X70 dinaiki enam sekeluarga terbalik selepas berlanggar dengan Toyota Hilux dinaiki mangsa.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seorang lelaki parah selepas kereta dipandunya melanggar sebuah kenderaan lain dalam kemalangan di Kampung Bukit Hijau di sini, pada Sabtu.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Bomba Zulfikar Jaffar berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 12.42 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kemalangan melibatkan kereta pacuan empat roda Toyota Hilux dipandu mangsa dengan sebuah Proton X70 dinaiki enam sekeluarga.

"Pelanggaran itu menyebabkan mangsa berusia 55 tahun parah selepas tersepit di bahagian pemandu sementara seorang penumpang lelaki yang menaiki kenderaan sama mengalami cedera ringan.

"Anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa dan diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurutnya, sementara itu penumpang Proton X70 terdiri daripada seorang wanita berusia 43 tahun, tiga kanak-kanak lelaki dan dua remaja perempuan cedera ringan.

Artikel Berkaitan: