Covid-19: 10,915 kes baharu, Sarawak masih rekod tertinggi

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kes baharu Covid-19 terus mencatatkan penurunan kepada 10,915 kes pada Sabtu sekali gus merekodkan pengurangan dua hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitternya berkata, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 adalah 2,268,499 kes.

“Sarawak kekal merekodkan angkat tertinggi dengan 2,121 kes diikuti Selangor (1,386), Kelantan (1,288) dan Johor (1,124).

“Perak (862) dan Terengganu (818), Sabah (784), Pulau Pinang (768), Kedah (574), Pahang (504), Melaka (216), Negeri Sembilan (211) dan Kuala Lumpur (171).

“Terdapat 58 kes di Perlis, Putrajaya (26) dan Labuan (empat),” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu, 139 kes atau 1.3 peratus adalah kategori tiga hingga lima.

"Sebanyak 10,776 kes atau 98.7 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua," ujarnya.

Selain itu, beliau berkata, seramai 888 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi dan 484 memerlukan bantuan pernafasan.

Artikel Berkaitan:

"Sejumlah 15,396 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatifnya, 2,086,111 bersamaan 92 peratus daripada keseluruhan kes," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, 10 lagi kluster baharu Covid-19 dikenalpasti membabitkan empat kluster komuniti, empat kluster tempat kerja dan dua kluster kumpulan berisiko tinggi.

"Jumlah kluster adalah 5,501 dan 4,457 daripadanya telah diisytiharkan tamat manakala 1,044 masih aktif," jelasnya.