Penyerahan lesen sampan khas kepada nelayan

Datuk Seri Ahmad Hamzah (dua dari kiri) ketika Majlis Penyerahan lesen sampan khas kepada 49 nelayan.
Datuk Seri Ahmad Hamzah (dua dari kiri) ketika Majlis Penyerahan lesen sampan khas kepada 49 nelayan.
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah menyerahkan lesen sampan khas kepada 49 nelayan di Jasin dan empat lagi di Melaka Tengah (Pernu).

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) berharap pemberian lesen tersebut dapat membantu nelayan-nelayan untuk turun ke laut dan menambah pendapatan mereka.

Menurut DOF, bantuan turut disampaikan kepada penternak industri akuakultur yang sama-sama menyumbang dalam memenuhi permintaan domestik.

“Seramai enam orang penternak, nelayan dari Daerah Jasin dan 18 lagi dari Daerah Melaka Tengah menerima bantuan Sistem Penyampaian dan Khidmat Sokongan (SPeKS).

“Akuakultur dan keseluruhan 46 orang penternak dan nelayan telah menerima bantuan yang bermanfaat dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1,237,101.00.

“Objektif bantuan SPeKS adalah untuk memastikan Key Performance Index (KPI) data pengeluaran ikan makan negara tercapai khususnya bagi negeri Melaka yang mensasarkan 4,000 tan metrik bagi tahun 2021,” menurut DOF dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Salah seoarang penerima bantuan Sijil sampan khas nelayan menunjukan sijil yang diterimanya.
Salah seoarang penerima bantuan Sijil sampan khas nelayan menunjukan sijil yang diterimanya.

Selain itu, bantuan tersebut secara tidak langsung membantu penternak-penternak akuakultur negeri Melaka untuk terus berdaya saing dalam bidang akuakultur.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Jabatan Perikanan Malaysia melaksanakan Program Dana Jaminan Makanan (DJM) bagi tujuan mewujudkan peluang pekerjaan dan menggalakkan pengeluaran hasil sektor pertanian organik yang berkualiti serta selamat untuk dimakan bagi menampung keperluan bekalan makanan harian.

“Peruntukan sebanyak RM 334,500.00 disalurkan kepada Melaka di bawah DJM bagi myKomuniti Perikanan (myKP) tahun 2021.

“Seramai 109 penerima terdiri daripada komuniti nelayan layak menerima bantuan dan penyerahan bantuan disampaikan kepada myKP Merlimau bagi Projek Pemprosesan Ikan Kering dengan jumlah peruntukan RM44,500.00.

“Bantuan disalurkan adalah seperti rumah pengering ikan, freezer, plastik pembungkusan, tong insulasi, sealer, label sticker produk dan meja kerja,” menurut DOF.