Kerosakan maahad akibat banjir cecah RM250,000

Peralatan pejabat terpaksa dipindahkan setelah sebahagian kawasan maahad ditenggelami air.
Peralatan pejabat terpaksa dipindahkan setelah sebahagian kawasan maahad ditenggelami air.
A
A
A

BALING - Maahad Al-Iman Li Ulumil Quran, Kuala Ketil menanggung kerugian mencecah RM250,000 akibat kerosakan perabot dan bahan bacaan akibat bencana banjir, Khamis lalu.

Pengerusi Lembaga Tadbir Maahad Al-Iman Li Ulumil Quran, Dr Amir Mohd Nason berkata, antara ruang yang terjejas termasuklah lapan buah kelas, dua buah blok asrama lelaki, bilik guru, bilik mesyuarat, dewan makan lelaki dan perempuan, pejabat pentadbiran dan bilik koperasi.

Menurutnya, kesemua peralatan termasuk kerusi, meja pelajar, guru dan meja mesyuarat, bahan bacaan, buku akademik, kitab dan pintu turut terjejas akibat ditenggelami air setinggi satu meter.

Peralatan pembelajaran termasuk perabot tidak sempat diselamatkan berikutan air sungai melimpah sejak awal pagi Khamis.
Peralatan pembelajaran termasuk perabot tidak sempat diselamatkan berikutan air sungai melimpah sejak awal pagi Khamis.

"Dua hari berturut-turut bermula Selasa hujan lebat, pada hari yang sama, seramai 220 orang pelajar dihantar waris ke asrama bagi persiapan untuk divaksin yang dijadualkan pada Khamis.

"Pada mulanya kami tidak menyangka air akan naik memandangkan hanya sedikit sahaja air di sekeliling premis pada Rabu tetapi pada awal pagi Khamis ketika pelajar bangun kira-kira jam 5 pagi untuk solat Subuh, air dah ada di bawah katil mereka," jelasnya.

Menurut Amir, banjir kali ini adalah yang terburuk pernah dialami sejak maahad yang terletak di Kampung Pantai Cicar, Kuala Ketil itu mula beroperasi pada 2017.

Kejadian turut menyebabkan buku, kitab dan bahan bacaan lain yang baharu sampai daripada pembekal beberapa hari sebelum kejadian, bagi kegunaan pelajar sesi pembelajaran 2022 turut terjejas kerana bilik koperasi turut ditenggelami air.

Artikel Berkaitan:

Petugas membuat pemeriksaan ke kawasan dinaiki air dekat Maahad Al-Iman Li Ulumil Quran.
Petugas membuat pemeriksaan ke kawasan dinaiki air dekat Maahad Al-Iman Li Ulumil Quran.

"Hujan lebat menyebabkan air sungai yang terletak berdekatan melimpah sekali gus menenggelamkan sebahagian kawasan maahad.

"Pelajar yang menunggu giliran suntikan vaksin juga terpaksa bergegas berulang-alik ke asrama kerana mengalihkan pakaian dan barangan, bagaimanapun, proses vaksinasi berjalan lancar dengan bantuan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia biarpun air naik mendadak di beberapa blok sehingga waktu tengah hari,"katanya.

Menurut Amir, pelajar yang selesai divaksin dibenarkan pulang bersama waris.

Katanya, air mulai surut pada awal pagi Jumaat secara beransur-ansur.

Pelajar cuba mengeringkan bahan bacaan, buku dan kitab yang basah akibat banjir.
Pelajar cuba mengeringkan bahan bacaan, buku dan kitab yang basah akibat banjir.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk petugas sukarelawan, waris dan badan bukan kerajaan yang membantu kerja-kerja pembersihan maahad tahfiz.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan bagi kerja-kerja baik pulih kerosakan atau peralatan yang terjejas, boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Islam atas nama Maahad Al-Iman Li Ulumil Quran bernombor 02114-01000-7351 atau akaun Maybank bernombor 5521-8951-5745.