Pertubuhan Hawa Pertiwi bantu surau terjejas banjir

Radziah (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan wang tunai kepada wakil Surau Al Husany pada Sabtu.
Radziah (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan wang tunai kepada wakil Surau Al Husany pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Pertubuhan Hawa Pertiwi daerah Petaling menyalurkan sumbangan RM1,000 kepada Surau Al Husany Kampung Kebun Bunga Batu 3 di sini yang terjejas dengan banjir baru-baru ini.

Pengerusi Pertubuhan Hawa Pertiwi daerah Petaling, Radziah Ahmad berkata, kejadian banjir itu menyebabkan beberapa kelengkapan surau termasuk karpet serta al-Quran mengalami kerosakan.

Menurutnya, sumbangan oleh ahli persatuan di bawah tabung sedekah jariah itu diharap meringankan beban pihak surau untuk kos pembaikan.

"Sumbangan wang tunai turut disalurkan kepada seorang ahli persatuan yang terjejas dalam insiden banjir di Shah Alam.

"Pada hari sama, kami juga menyalurkan sumbangan RM1,000 untuk kos perubatan kepada seorang pesakit cilik, adik Nur Aisyah Az-Zahra berusia dua tahun yang menghadapi masalah usus dan buah pinggang," katanya selepas majlis penyerahan sumbangan pada Sabtu.

Katanya, Pertubuhan Hawa Pertiwi yang ditubuhkan sejak lima tahun lalu aktif dalam kerja kemasyarakatan di dalam dan luar negara termasuk projek pembinaan perigi di Kemboja dan menyusul di Afrika.

Artikel Berkaitan: