'Keluarga Malaysia' perlu jadi pendekatan agensi kerajaan bantu rakyat

Annuar mencangkul rumput ketika meninjau Projek Kebun Bandar 'Hijrah Warrior' yang diusahakan lebih 40 gelandangan yang tinggal di Anjung Kelana hari ini. 
- Foto Bernama
Annuar mencangkul rumput ketika meninjau Projek Kebun Bandar 'Hijrah Warrior' yang diusahakan lebih 40 gelandangan yang tinggal di Anjung Kelana hari ini. 
- Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Semangat 'Keluarga Malaysia' perlu menjadi pendekatan semua agensi kerajaan dalam membantu pelbagai golongan rakyat termasuk gelandangan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, satu daripada nilai konsep Keluarga Malaysia ialah prihatin dan penyayang.

"Kita perlu permudahkan supaya orang (rakyat) suka datang (tampil mohon bantuan), bukan nampak (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) nak lari, nampak agensi kerajaan nak elak.

"Budaya cakna dan prihatin perlu diamalkan dalam cara harian pentadbiran supaya rakyat rasa mudah untuk memohon pertolongan (daripada agensi kerajaan) termasuk golongan gelandangan," katanya ketika meninjau Projek Kebun Bandar 'Hijrah Warrior' diusahakan lebih 40 gelandangan yang tinggal di Anjung Kelana di sini pada Sabtu.

Projek tersebut merupakan antara projek transformasi gelandangan yang diusahakan Annuar semasa beliau menjadi Menteri Wilayah Persekutuan sebelum ini.

April lepas, Annuar dilaporkan berkata, Kementerian Wilayah Persekutuan akan mewujudkan projek perkebunan berskala besar secara komersial bagi memberi peluang pekerjaan dan sumber pendapatan kepada golongan gelandangan.

Sementara itu, Annuar berkata, beliau akan meneruskan agenda transformasi gelandangan atas kapasiti peribadi dengan sokongan Kementerian Wilayah Persekutuan. - Bernama

Artikel Berkaitan: