Amaran cuaca waspada, hujan lebat di Sarawak, Sabah dan Labuan

MetMalaysia pada Sabtu keluarkan amaran cuaca waspada (kuning) yang membawa hujan lebat, melibatkan bahagian-bahagian di negeri Sarawak, Sabah dan Labuan. - Foto 123RF
MetMalaysia pada Sabtu keluarkan amaran cuaca waspada (kuning) yang membawa hujan lebat, melibatkan bahagian-bahagian di negeri Sarawak, Sabah dan Labuan. - Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Sabtu mengeluarkan amaran cuaca waspada (kuning) yang membawa hujan lebat, melibatkan bahagian-bahagian di negeri Sarawak, Sabah dan Labuan.

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada jam 9.30 pagi Sabtu memaklumkan kawasan yang terlibat di Sarawak adalah di Bahagian Limbang.

Sementara itu, hujan lebat dijangka berlaku di beberapa bahagian di Sabah iaitu di bahagian pedalaman Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort, Bahagian Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan juga Labuan.

Kenyataan itu juga mengeluarkan amaran angin bertiup dari arah barat dijangka membawa hujan lebat dan boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit. - Bernama

Artikel Berkaitan: