Vaksinasi dewasa di Lembah Klang perlu janji temu bermula Isnin

Senarai KK dan PKD yang boleh dihubungi berdasarkan lokasi berhampiran dengan penerima.
Senarai KK dan PKD yang boleh dihubungi berdasarkan lokasi berhampiran dengan penerima.
A
A
A

PUTRAJAYA - Pemberian vaksinasi bagi penduduk dewasa Lembah Klang untuk warganegara dan bukan warganegara hanya akan dilaksanakan dengan kaedah janji temu bermula Isnin ini.

Pasukan petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) menerusi kenyataan pada Sabtu berkata, oleh itu semua individu dewasa yang ingin mendapatkan vaksinasi Covid-19 termasuk mereka yang terlepas janji temu suntikan dos kedua perlu membuat janji temu awal terlebih dahulu.

"Janji temu boleh dibuat dengan menghubungi nombor telefon bilik gerakan vaksinasi daerah masing-masing atau menerusi e-mel.

"Untuk vaksinasi remaja 12 hingga 17 tahun, sila rujuk kepada pengumuman yang telah dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.

Bermula Jumaat, pemberian vaksin Covid-19 akan diteruskan di klinik kesihatan (KK) Lembah Klang yang berdekatan dengan lokasi penerima.

Senarai KK dan PKD yang boleh dihubungi berdasarkan lokasi berhampiran dengan penerima.
Senarai KK dan PKD yang boleh dihubungi berdasarkan lokasi berhampiran dengan penerima.

Susulan itu, CITF turut menyenaraikan 23 KK dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang memberikan vaksin Covid-19 di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

"Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi talian KK atau PKD berdasarkan lokasi yang berhampiran dengan penerima," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ia membabitkan KK Kuala Lumpur, KK Setapak, KK Kampung, KK Datuk Keramat, KK Jinjang, KK Sentul, KK Batu Muda, KK Tanglin, KK Muhibbah, KK Bandar Tun Razak, KK Cheras, KK Sungai Besi, KK Cheras Baru dan KK Putrajaya Presint 18.

PKD yang boleh dihubungi pula adalah Petaling, Kuala Langat, Gombak, Kuala Selangor, Klang, Hulu Selangor, Hulu Langat, Sepang dan Sabak Bernam.