Malaysia mara pentas empat terbaik Piala Sudirman

Pang Ron-Yee See menghadirkan mata kemenangan negara perlawanan berintensiti tinggi tersebut. - Foto Photo Badminton
Pang Ron-Yee See menghadirkan mata kemenangan negara perlawanan berintensiti tinggi tersebut. - Foto Photo Badminton
A
A
A

SKUAD badminton negara mengesahkan slot separuh akhir apabila menewaskan Indonesia 3-2 dalam aksi suku akhir Piala Sudirman di Energia Arena 2, Vantaa, Finland pada awal pagi Sabtu.

Mata kemenangan negara disumbangkan pasangan beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See selepas menjinakkan Praveen Jordan-Oktavianti Melati Daeva 21-16, 9-21, 21-19 dalam tempoh satu jam satu minit.

Malaysia sebelum itu mendahului 1-0 menerusi gandingan beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang mengambil masa 33 minit untuk menewaskan Marcus Gideon Fernaldi-Kevin Sanjaya Sukamuljo 21-12 21-15 pada perlawanan pertama.

Bagaimanapun Indonesia kembali mengikat perlawanan menerusi pemain perseorangan wanita, Gregoria Mariska Tunjung yang menewaskan S Kisona 20-22, 21-18, 19-21 dalam aksi satu jam tujuh minit.

Malaysia mendahului sekali lagi apabila jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mengambil masa 44 minit bagi menjadikan kedudukan 2-1 selepas mengatasi Anthony Sinisuka Ginting 21-11, 21-16.

Indonesia yang tidak mengalah kembali menyamakan kedudukan 2-2 menerusi gandingan beregu campuran Greysia Polii-Apriyani Rahayu yang menewaskan Pearly Tan-M Thinaah 18-21, 21-17, 20-22 dalam aksi satu jam 30 minit.

Untuk rekod, skuad negara yang diketuai Zii Jia meletakkan sasaran suku akhir bagi kejuaraan edisi Piala Sudirman kali ini.

Artikel Berkaitan: