Tangkap aligator guna tong sampah

Abdul Gene menggunakan ' tong sampah' untuk menangkap seekor aligator bersaiz kecil di depan rumahnya di Florida baru-baru ini. - Foto @norfphilly_geno/Instagram
Abdul Gene menggunakan ' tong sampah' untuk menangkap seekor aligator bersaiz kecil di depan rumahnya di Florida baru-baru ini. - Foto @norfphilly_geno/Instagram
A
A
A

MIAMI - Seorang penduduk, Abdul Gene Malik berjaya menangkap seekor aligator dengan menggunakan tong sampah di depan rumahnya di Mount Dora, Florida baru-baru ini.

Abdul Gene yang merupakan bekas askar Amerika Syarikat (AS) berbuat demikian untuk melindungi anak-anaknya.

Dia menunjukkan video cara dia menangkap aligator kecil itu dengan menggunakan tong sampah menerusi media sosial pada Selasa lalu.

Dalam rakaman video itu, dia menjatuhkan tong sampah dan menghalakannya ke arah kepala haiwan tersebut.

Ketika bekas askar itu berbuat demikian, penutup sampah tersebut dibiarkan terbuka.

Haiwan itu kemudian memasuki tong sampah itu.

Abdul Gene dilaporkan membuat kenyataan di laman Instagram bahawa dia kini membuat bisnes menangkap aligator untuk menyara kehidupan.

Aligator ialah haiwan mirip buaya yang banyak terdapat di Florida. - Agensi

Artikel Berkaitan: