Zionis serang kem pelarian di Shufat

Rakaman video menunjukkan kem pelarian Shufat dibedil gas pemedih mata oleh tentera Zionis.
Rakaman video menunjukkan kem pelarian Shufat dibedil gas pemedih mata oleh tentera Zionis.
A
A
A

BAITULMAQDIS - PALESTIN. Berpuluh-puluh penduduk Palestin yang mendiami kem pelarian Shufat termasuk pelajar sekolah mengalami sesak nafas selepas terhidu gas pemedih mata dilepaskan tentera Israel dalam kejadian awal hari ini.

Jurucakap pergerakan Fatah di Shufat, Thaer Fasfous berkata, tentera Zionis menyerbu kem pelarian terbabit ketika penduduk bergegas keluar ke sekolah dan tempat kerja.

Tindakan tentera Israel itu menyebabkan ramai penduduk sesak nafas, manakala pelajar sekolah mengalami serangan panik.

Tambah Fasfous, kebanyakan pelajar tidak sempat mengikuti sesi pembelajaran di sekolah akibat operasi tentera tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: