Tiada lokaliti dikenakan PKPD pada Jumaat

Gambar hiasan - Foto Bernama
Gambar hiasan - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan tiada lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada Jumaat.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan, hanya satu lokaliti di Pahang dilanjutkan PKPD membabitkan Kampung Sungai Padi, Mukim Telang, Lipis.

“Kampung Sungai Padi, Mukim Telang, Lipis sepatutnya ditamatkan pada Sabtu, namun dilanjutkan lagi dua minggu bermula 3 Oktober hingga 16 Oktober.

“Pelanjutan ini setelah meneliti analisa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di kawasan berkenaan,” menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu PKPD melibatkan Kampung Air di Beluran, Sabah ditamatkan pada Sabtu seperti mana yang dijadualkan.

Rodzi berkata, penamatan PKPD itu diputuskan setelah meneliti pembentangan KKM mengenai situasi semasa di lokaliti berkenaan.

Artikel Berkaitan: