12 kes baharu di Sarawak libatkan jangkitan paru-paru

Hanya 0.5 peratus atau 12 daripada 2,413 kes positif Covid-19 di Sarawak pada Jumaat melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator. Foto 123RF
Hanya 0.5 peratus atau 12 daripada 2,413 kes positif Covid-19 di Sarawak pada Jumaat melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator. Foto 123RF
A
A
A

KUCHING - Hanya 0.5 peratus atau 12 daripada 2,413 kes positif Covid-19 di Sarawak pada Jumaat melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, baki 2,401 kes pula tidak bergejala atau mempunyai gejala ringan, sekali gus menjadikan kumulatif kes di negeri ini 212,037.

Sementara itu, terdapat satu kluster komuniti diisytihar hari ini iaitu Kluster Sepangah melibatkan penduduk di sebuah rumah panjang yang terletak di Sepangah, Nanga Medamit, Limbang.

“Daripada 178 orang yang disaring, seramai 22 orang didapati positif termasuk kes indeks manakala 156 individu lagi didapati negatif,” menurut JPBN Sarawak menerusi kenyataan pada Jumaat.

Selain itu, sebanyak 26 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan di Sarawak dari 16 hingga 30 September. - Bernama

Artikel Berkaitan: