Klopp tak panik

Klopp. - Foto AFP
Klopp. - Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp tidak panik walaupun dua pemainnya iaitu Trent Alexander Arnold dan Thiago Alcantara terpaksa diketepikan akibat kecederaan menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Manchester City pada Ahad.

Menurut Klopp, dia memiliki ramai pemain yang boleh mengambil alih posisi yang ditinggalkan kedua-dua tonggak tersebut.

“Tidak ada perkembangan mengenai pemain itu. Tidak ada berita ertinya mereka berada dalam keadaan baik tapi tidak cukup cergas utnuk diturunkan menentang City.

“Saya rasa mereka boleh bermain selepas tempoh rehat perlawanan antarabangsa nanti. Namun, kami mempunyai pasukan yang bagus dan penyelesaian untuk situasi ini.

“Saya akan menggunakan pemain lain untuk menggantikan mereka berdua,” katanya.

Alexander Arnold mengalami cedera otot ketika Liverpool seri 3-3 dengan Brentford minggu lalu dan terlepas aksi Liga Juara-Juara menentang Porto pada Rabu.

Sementara Thiago pula tidak bersama Liverpool sejak tiga perlawanan terakhir kerana kecederaan betis.

Posisi Alexander Arnold kemungkinan besar akan diisi Joe Gomez atau James Milner dan posisi Thiago akan digantikan Curtis Jones tampil cemerlang dalam beberapa perlawanan terakhir.

Artikel Berkaitan:

Kemenangan menjadi sasaran Liverpool untuk terus berada di kedudukan teratas EPL dengan hanya dibezakan satu mata dengan City di kedudukan kedua.