Perpustakaan Negara Malaysia dibuka semula Selasa ini

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) termasuk Perpustakaan Komuniti PNM akan dibuka semula kepada pengunjung pada Selasa ini.

Ketua Pengarahnya, Salasiah Abdul Wahab dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan turut dibuka ialah perkhidmatan seperti kaunter penerangan dan pendaftaran keahlian, Pusat Rujukan Malaysiana dan Luar Negara; Pinjaman Berkelompok dan Buku Dewasa, Penyerahan Bahan Akta (PPTN) dan Perkhidmatan Kepada Penerbit (ISBN/ISSN/PDP), serta Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu.

Beliau menasihatkan semua pelawat yang telah lengkap suntikan vaksin dan tempoh matang, supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa keberadaan di premis terbabit. Bernama

Artikel Berkaitan: