Syabas nafi berlaku gangguan bekalan air esok

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menafikan berlakunya gangguan bekalan air di beberapa kawasan seperti yang tular di media sosial.

Dalam kandungan mesej yang tular itu memaklumkan akan berlaku gangguan bekalan air di Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Kuala Langat dan Hulu Selangor bermula esok.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, mesej yang tersebar di WhatsApp dan media sosial berhubung notis gangguan bekalan air di beberapa kawasan itu tidak benar dan disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

“Kami ingin maklumkan pelanggan bahawa mesej yang tersebar di WhatsApp dan media sosial berhubung notis gangguan bekalan air di beberapa kawasan bermula pada 6 Mac (esok) adalah tidak benar.

“Pihak Air Selangor tidak mengeluarkan sebarang notis berhubung gangguan tersebut dan maklumat yang disebarkan adalah merujuk kepada gangguan bekalan air berjadual pada tahun lalu.

“Sila abaikan mesej tersebut dan pelanggan adalah dinasihatkan untuk merujuk aplikasi telefon bimbit Air Selangor atau layari laman sesawang www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat sahih berhubung info gangguan bekalan air,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut memohon pelanggan tidak menyebarkan mesej tidak sahih tersebut bagi mengelakkan kekeliruan kepada pelanggan.

Artikel Berkaitan: