X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 08 Disember 2021

Maritim tahan kapal kargo berlabuh tanpa kebenaran

Kapal kargo yan berlabuh tanpa kebenaran di kedudukan 13.6 batu nautika barat daya Sungai Besar pada Khamis.
A
A

SEKINCHAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah kapal kargo yang berlabuh tanpa kebenaran di kedudukan 13.6 batu nautika barat daya Sungai Besar di sini pada Khamis.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohd Rosli Kassim berkata, kapal tangki itu ditahan kapal peronda Maritim yang sedang melaksanakan rondaan pada jam 3.30 petang.

Beliau berkata, kapal itu dikesan sedang berlabuh tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia selain gagal memaklumkan ketibaan kepada Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

"Kapal yang berdaftar di Panama itu dikendalikan oleh 19 kru lelaki termasuk nakhoda yang berusia 21 hingga 60 tahun terdiri daripada warga Myanmar, India dan China yang mempunyai dokumen diri yang sah.

"Kapal ini dalam perjalanan dari Mauritius ke Jiangxin, China dan singgah bersauh di perairan Malaysia tanpa kebenaran sejak 27 September lalu," katanya dalam satu satu kenyataan pada Jumaat.

Mohd Rosli berkata, pemeriksaan lanjut mendapati nakhoda kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh dan disyaki melakukan

kesalahan di bawah Seksyen 491B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana berlabuh tunggu tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 449 ordinan yang sama. Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,000 atau penjara dua tahun, atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

"Bagi kesalahan kedua, boleh didenda tidak lebih RM5,000 dan boleh dibaca

bersama Kaedah 10(1) Peraturan Pelabuhan Persekutuan 1953 bagi kesalahan gagal memaklumkan ketibaan," kata beliau.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!