X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Pusat Warga Emas diperluaskan ke seluruh Parlimen: PM

ISMAIL SABRI
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan merancang untuk memperluaskan Pusat Warga Emas ke seluruh kawasan Parlimen di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia selaras dengan konsep Keluarga Malaysia.

"Sehingga hari ini, sebanyak 140 Pusat Warga Emas telah diwujudkan dan kerajaan merancang untuk memperluaskan usaha ini," katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau pada Jumaat.

Ismail Sabri berkata, Malaysia dijangka menjadi sebuah negara tua pada tahun 2030 dengan 15 peratus daripada jumlah penduduk berumur 60 tahun dan ke atas.

"Bagi memastikan keperluan warga emas terpelihara, kerajaan akan memperbanyakkan sistem sokongan kepada golongan ini," katanya.

Beliau berkata, negara juga akan mewujudkan lebih banyak bandar mesra warga emas pada masa akan datang.

"Sistem Pendaftaran Warga Emas Nasional akan ditambah baik dan liputannya diperluas," katanya.

Dalam hantaran sama, Ismail Sabri turut memberi ucapan kepada warga emas sempena sambutan Hari Warga Emas.

"Selamat menyambut Hari Warga Emas saya ucapkan kepada semua warga emas di seluruh Malaysia. Kesaksamaan digital merentasi usia," kata beliau.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!