998 kawasan di Lembah Klang alami gangguan air bermula 13 Oktober

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 998 kawasan di Lembah Klang bakal berdepan gangguan air berjadual susulan pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan dan penyelengaraan aset-aset kritikal yang menyebabkan penutupan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi kemas kini di laman Facebook pada Jumaat berkata, kawasan terlibat membabitkan wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Katanya, gangguan berkenaan akan bermula pada 13 Oktober jam 9 lagi dan dijangka pulih sepenuhnya pada 16 Oktober jam 9 malam.

"Pelaksanaan kerja-kerja ini telah tertangguh daripada jadual asal iaitu pada tahun 2019 dan 2020 berikutan insiden pencemaran yang menyebabkan gangguan bekalan air berskala besar," katanya.

Dalam pada itu, Air Selangor berkata, pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan itu juga telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) demi keselesaan pengguna pada masa hadapan.

Tambahnya, berikutan itu, Air Selangor turut menasihati pelanggan yang terjejas agar dapat membuat simpanan bekalan secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan itu.

"Senarai kawasan yang mengalami gangguan bekalan air berjadual boleh didapati menerusi pautan http://hentitugas.airselangor.com," katanya.

Artikel Berkaitan: