Covid-19: 192 kematian, 47 kes BID

Gambar fail
Gambar fail
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak 192 kematian berkaitan Covid-19 termasuk kes tertunggak dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menerusi perkongsian portal Covid Now yang dikemaskini jam 11.59 malam pada Khamis, sebanyak 47 daripada kes yang dilaporkan merupakan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Sarawak melaporkan kes tertinggi dengan 40 kematian diikuti Johor (34), Perak (23), Pulau Pinang (21), Sabah (20), Selangor (18), Kedah (sembilan), Terengganu (lapan), Kuala Lumpur (tujuh), Perlis (empat), Melaka (empat) dan Negeri Sembilan (dua).

Kelantan dan Pahang masing-masing melaporkan satu kes manakala tiada kes kematian dilaporkan di Labuan serta Putrajaya menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah 26,335 kes.

Sebanyak 164,536 kes aktif dilaporkan di seluruh negara yang mana 136,436 pesakit menjalani kuarantin di rumah, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) (18,263) dan hospital (8,913).

Seramai 414 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi dan tidak memerlukan bantuan pernafasan manakala 510 yang lain memerlukan mesin ventilator.

Artikel Berkaitan: