PPS pertama di Johor dibuka di Kulai

Keadaan kawasan terjejas banjir di Kampung Bukit Batu, Kulai.
Keadaan kawasan terjejas banjir di Kampung Bukit Batu, Kulai.
A
A
A

KULAI- Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Batu di sini menjadi pusat pemindahan pertama dibuka di Johor susulan banjir yang melanda Kampung Bukit Batu.

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah ( JPBD) Kulai, seramai 74 mangsa banjir daripada 22 buah keluarga dipindahkan sehingga ke PPS terbabit yang dibuka pada jam 6 petang pada Khamis.

"Kejadian banjir berpunca daripada hujan lebat melebihi tempoh tiga jam dan limpahan air Sungai Ulu Pontian. Kawasan terjejas banjir melibatkan Jalan Benteng dan Jalan Masjid Kampung Bukit Batu

"Keadaan cuaca di kawasan terjejas mendung dan emantauan berterusan dari semasa ke semasa akan dilakukan agensi terlibat seperti polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ( APM) dan lain- lain," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Artikel Berkaitan: