X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 08 Disember 2021

Kelantan United tak rela tercicir mata lagi

Skuad Kelantan United FC giat berlatih menjelang pertemuan menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Sultan Muhammad IV pada Jumaat. FOTO: FB KELANTAN UNITED FC
A
A

KELANTAN United FC tidak rela tercicir mata apabila turun berdepan Negeri Sembilan FC dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV pada Jumaat.

Ketua Jurulatih Kelantan United FC, Nazrulerwan Makmor berkata, skuad bimbingannya perlu bangkit dan tidak boleh dipalit rasa kecewa selepas kegagalan meraih keputusan positif pada perlawanan pertama menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC.

"Pada perlawanan pertama peringkat kumpulan kami terpaksa akur dengan kehebatan pasukan Kedah dengan jaringan tiga gol, namun untuk perlawanan malam esok (Jumaat) saya tidak mahu keputusan kalah itu diulangi.

Walaupun kalah saya puji corak permainan yang ditampilkan pemain saya, saya mahu pemain konsisten dan elak daripada melakukan kesilapan sehingga mengakibatkan dihukum pasukan lawan," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Mengulas lanjut, Nazrulerwan berkata, pemainnya diharapkan mengambil peluang apabila bermain di tempat sendiri dengan mengaut tiga mata penuh bagi memperbaiki kedudukan dalam kumpulan.

"Malam esok adalah misi balas dendam apabila kami tewas pada saingan Liga Premier lalu dan kami wajib menewaskan mereka (Negeri Sembilan) untuk membuka semula persaingan kumpulan," katanya.

Kelantan United FC diundi bersama juara Liga Premier iaitu Negeri Sembilan serta dua pasukan dari Liga Super iaitu KDA FC dan Melaka United FC dalam Kumpulan C. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!