TMIYC Hutan Bandar dijadikan pusat operasi Jawatankuasa Khas Covid-19 Johor

Tunku Ismail (tengah) ketika berkenaan merasmikan TMIYC Hutan Bandar di sini, Disember tahun lalu
Tunku Ismail (tengah) ketika berkenaan merasmikan TMIYC Hutan Bandar di sini, Disember tahun lalu
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Hutan Bandar di sini akan dijadikan pusat operasi Jawatankuasa Khas Covid-19 Johor (STFC).

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, langkah itu bagi memudahkan urusan serta membolehkan operasi STFC Johor bergerak secara berpusat.

“Saya telah menitahkan agar TMIYC Hutan Bandar, Johor Bahru dijadikan pusat operasi Special Task Force Covid-19 Johor.

“TMIYC Hutan Bandar akan menjadi pusat tumpuan bagi segala inisiatif STFC Johor sepanjang masa pandemik ini sehinggalah situasi di Johor kembali normal. Diharapkan ini dapat membantu usaha dan inisiatif STFC Johor dalam pengurusan wabak Covid-19,” katanya menerusi laman Twitter HRH Crown Prince Of Johor pada Khamis.

Sebelum ini, Tunku Ismail selaku Ketua STFC Johor menubuhkan jawatankuasa berkenaan awal September lalu yang berperanan untuk memantau perkembangan Covid-19 di Johor.

TMIYC Hutan Bandar yang dibangunkan di tengah-tengah Bandar Raya Johor Bahru dilancarkan secara rasmi pada Disember tahun lalu sebagai platform bagi komuniti belia melakukan aktiviti rekreasi dan beriadah secara santai.

Pusat berkeluasan 6.07 hektar itu menempatkan pelbagai kemudahan rekreasi antaranya 'pump track', 'canopy walk', pusat belia, laluan 'mountain bike', gelanggang papan peluncur dan Kiddo Ground.

Artikel Berkaitan: