Remaja dicabul bapa tiri

Gambar hiasan. - Foto 123rf
Gambar hiasan. - Foto 123rf
A
A
A

JEMPOL - Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dicabul bapa tirinya dalam kejadian di sebuah rumah di tanah rancangan Felda di daerah ini sejak April lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, suspek berusia 24 tahun kerap mencabul mangsa ketika berada di rumah dan kali terakhir kejadian berlaku pada pertengahan September lalu.

Menurutnya, suspek meminta mangsa merahsiakan perkara itu.

"Bagaimanapun, mangsa membuat laporan polis pada Selasa lalu sebelum suspek kemudian ditangkap bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Chang Hook berkata, mangsa kemudian dihantar ke hospital bagi tujuan pemeriksaan.

Katanya, hasil siasatan awal polis, suspek mengaku mencabul mangsa dan semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai satu rekod dadah.

"Suspek direman selama tujuh hari bermula Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak - Kanak 2017," katanya.

Artikel Berkaitan: