X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

PRU15: Parti IMAN harap dapat jadi komponen Perikatan Nasional

Dr Amir Hamzah (tengah) dan Datuk Syed (kiri) pada perjumpaan bersama IMAN Negeri Sembilan di Klana Resort pada Khamis.
A
A

SEREMBAN - Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) berharap permohonan mereka untuk menjadi sebahagian daripada parti komponen Perikatan Nasional (PN) diterima sebelum Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

Setiausaha Agung IMAN, Dr Amir Hamzah Abdul Razak berkata, pihaknya telah menghantar dua kali surat kepada Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 12 September lalu.

"Setakat ini maklum balas kami terima adalah positif. IMAN mahu menjadi sebahagian daripada parti komponen dalam PN bukan sebagai ahli gabungan semata-mata.

"Pendirian kami sangat jelas, jika tidak boleh bersama PN sebagai parti komponen, IMAN akan bergerak sendiri dan menghadapi PRU15 secara sendirian tetapi jika bersama PN, kami akan lakukan yang terbaik secara bersama dengan komponen-komponen PN lain.

"Perkara utama sekarang ini, IMAN perlu menjadi parti komponen dalam PN terlebih dahulu, sebelum mengambil langkah serta mengatur strategi seterusnya," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Tambahnya, IMAN kini mempunyai hampir 12,000 keahlian di seluruh negara terdiri daripada India Muslim termasuk individu lain yang beragama Islam.

Dalam pasd itu, Naib Pengerusi IMAN, Datuk Syed Mohd Ali berkata, IMAN sudah mengerakkan semua jentera di peringkat cawangan dan bahagian sebagai persediaan menghadapi PRU15.

Katanya, IMAN akan bertanding di beberapa kerusi yang diyakini boleh memberi kemenangan kepada calon mereka dengan membuat persediaan dan kajian mendalam bagi memastikan impian mereka untuk bertanding sekali gus menang tercapai.

Syed yang merupakan Pengerusi IMAN Negeri Sembilan berkata, setakat ini negeri tersebut mempunyai enam bahagian dan 19 cawangan IMAN.

"Kami sasar membuka 30 cawangan dan menambah dua bahagian dalam masa terdekat ini," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!