X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Kes Covid-19 meningkat 12,735 hari ini

Bilangan kes baharu positif Covid-19 di Malaysia meningkat sedikit dengan 12,735 kes kes dilaporkan hari ini berbanding 12,434 kes pada Rabu. Foto hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Malaysia merekodkan 12,735 kes baharu Covid-19 setakat 12 tengah hari ini, berbanding 12,434 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di laman sosialnya memaklumkan perkembangan terbaru itu menjadikan kumulatif kes adalah 2, 245,695.

Sarawak kekal melaporkan kes harian tertinggi sebanyak 2,487 diikuti Selangor (1,940); Johor (1,241); Kelantan (1,232) dan Kedah (1,033).

Sabah pula merekodkan 993 kes disusuli Perak (913); Pulau Pinang (763); Terengganu (726); Pahang (697); Kuala Lumpur (258); Melaka (194); Negeri Sembilan (132); Perlis (97); Putrajaya (28) selain satu kes di Labuan.

Sementara itu, penggunaan katil Covid-19 setakat 5 petang semalam ialah 63 peratus bagi katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 55 peratus katil bukan ICU. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!