KPDNHEP Perak sita 26,421kg tepung gandum

Pegawai KPDNHEP Perak melakukan pemeriksaan menerusi operasi membanteras penyelewengan barang kawalan berjadual di sebuah premis di Menglembu. - Foto ihsan KPDNHEP Perak
Pegawai KPDNHEP Perak melakukan pemeriksaan menerusi operasi membanteras penyelewengan barang kawalan berjadual di sebuah premis di Menglembu. - Foto ihsan KPDNHEP Perak
A
A
A

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak menyita tepung gandum bernilai RM53,476.49 selepas didapati disimpan tanpa permit yang sah di sebuah premis di Menglembu, di sini pada Rabu.

Pengarahnya, Saifullizan Kamarul Zaman berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan telah menemui sebanyak 26,421 kilogram (kg) tepung gandum pelbagai jenama yang di simpan di premis berkenaan.

"Operasi membanteras penyelewengan barang kawalan berjadual yang dilaksanakan selama 14 jam bermula jam 4 petang itu berjaya menghasilkan satu kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Lebih 26,421 kg tepung gandum disita selepas didapati disimpan tanpa permit yang sah di sebuah premis di Menglembu. - Foto ihsan KPDNHEP Perak.
Lebih 26,421 kg tepung gandum disita selepas didapati disimpan tanpa permit yang sah di sebuah premis di Menglembu. - Foto ihsan KPDNHEP Perak.

"Kesemua tepung gandum yang ditemui di tempat kejadian telah disita untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Menurutnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Saifullizan berkata, pihaknya mengingatkan peniaga yang terlibat dengan perniagaan barang kawalan untuk sentiasa mematuhi setiap undang-undang yang dikuatkuasakan.

Artikel Berkaitan:

"Jika terdapat isu-isu berkaitan penyelewengan barang kawalan di mana-mana kawasan, orang ramai diminta untuk melaporkan kepada pihak KPDNHEP Perak untuk tindakan susulan," katanya.