X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Pegawai perkhidmatan awam Persekutuan wajib ambil vaksin

Semua pegawai perkhidmatan awam Persekutuan dikehendaki untuk segera melengkapkan vaksinasi mereka sebelum 1 November. Gambar hiasan
A
A

PUTRAJAYA - Semua pegawai perkhidmatan awam Persekutuan diwajibkan untuk mengambil vaksin Covid-19.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi kenyataannya memaklumkan, langkah itu bagi memberikan keyakinan dan memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat.

"Semua pegawai perkhidmatan awam Persekutuan dikehendaki untuk segera melengkapkan vaksinasi mereka sebelum 1 November," kata JPA pada Khamis.

Menurutnya, dalam tempoh tersebut mereka hendaklah hadir secara 'walk-in' ke pusat pemberian vaksin (PPV).

"Bagi pegawai yang tidak boleh divaksin atas sebab kesihatan perlu mengemukakan maklumat kesihatan yang telah disahkan pegawai perubatan kerajaan kepada ketua jabatan," katanya.

JPA berkata, tindakan tatatertib akan dikenakan terhadap pegawai yang masih belum divaksinasi selepas tarikh tersebut.

"Semua pegawai awam adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993]," katanya.

Jabatan itu turut memaklumkan jumlah peratusan pegawai awam Persekutuan yang telah divaksinasi mencapai 98 peratus.

"Kelompok yang belum mendaftar untuk divaksin adalah kecil iaitu 1.6 peratus membabitkan 16,902 individu," kata JPA.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!