Penganggur didakwa rogol teman wanita berusia 14 tahun

Tertuduh tidak mengaku bersalah atas empat pertuduhan merogol teman wanitanya di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, pada Khamis
Tertuduh tidak mengaku bersalah atas empat pertuduhan merogol teman wanitanya di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, pada Khamis
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas empat pertuduhan merogol teman wanitanya ketika mangsa berusia 14 tahun enam bulan pada 2018.

Tertuduh, 45, dari Kuala Berang, Hulu Terengganu bagaimana mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol teman wanitanya yang ketika itu berusia 14 tahun enam bulan di sebuah bilik di atas sebuah restoran di bandar raya ini kira-kira antara jam 9 hingga 10 malam, 14 Oktober 2018.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengulangi perbuatan sama terhadap mangsa di lokasi sama, kira-kira jam 8 malam, pada 15 Oktober 2018.

Berdasarkan pertuduhan ketiga dan keempat, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama terhadap mangsa pada jam 8.30 malam, 16 Oktober 2018 dan jam 7.30 malam, 18 Oktober 2018 di lokasi sama.

Bagi kesemua kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Nooriah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM21,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 17 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Artikel Berkaitan: